SUPERWOMAN HERE ![]() Heyy, pandai pandai lah jaga diri bila ada kat blog Bella ni Ehh, tak kan lahh jenguk jenguk jeh kan, Follow lahh dan tinggal kan jejak korang >< kalau rasa rasa macam tak suka, cepat cepat tekan butang (X) kat atas tu, Sekian :D Round-Round ![]() Square-Square ![]() Triangle-Triangle ![]() Skin Made by Aina Hanani Background Founder by Qay Best view in Google Chrome only Cursor by Drikoti & Aina Hanani
| cara nak GEMBIRAKAN hati :)
Saturday, October 13, 2012 | 2:56 PM | 0 BlackWhite
Tengah mood sedih mcm ni. bella pun try lahh cari tips yang boleh bagi kita ceria balik. bella rasa ia menjadi kayy. bella dah cuba tau. so, apa kata kalau kita sharing sharing. korang pun bila sedih, boleh lahh ikut tips ni :)Tips Untuk Mengembirakan Hati Latih Minda Untuk Melupakan Kenangan Pahit Kita seringkali berasa sedih bila mengingat kembali segala kenangan dan memori silam yang pahit mahupun menyedihkan. Sepatutnya yang dulu biarlah berlalu, tak usah di kenang lagi. Kita perlu nekad untuk melupakan semua perkara yang lalu dan mulai fokus pada masa depan. Pastinya kita tak dapat melupakan semua kenangan pahit dalam sekelip mata namun kita mampu memadamkannya sedikit demi sedikit dngan memfokuskan perhatian pada benda yang lebih bermakna seperti cita-cita, keluarga mahupun kerjaya. Buang Sikap Risau Perasaan risau akan membuatkan kita seringkali berasa sedih dan kecewa malah takut juga. Perasaan risau juga memberi kesan buruk pada kesihatan dari segi fizikal dan mental. Seeloknya kita belajar untuk membuang sikap risau dengan belajar untuk bertenang dan melatih diri mengawal emosi. Belajar Untuk Bersyukur Belajar ucap syukur untuk apa sahaja yang kita miliki. Ucapkan syukur dengan seihklas hati. Cara ini akan membantu kita untuk lebih menghargai. Biarlah mengucap syukur ini meresap ke dalam diri kita dan menjadikannya satu kebiasaan. Belajar Menjadi Pemaaf Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan dan emosi yang negatif. Kita akan bertambah rasa kecewa andainya kita tak dapat nak memaafkan kesalahan diri sendiri dan juga kesalahan orang lain. Terima hakikat bahawa tiada insan yang sempurna. Kita semua melakukan kesalahan dalam kita sedar atau tak. Jadi belajarlah memaafkan dan kembalikan ketenangan dalam diri. SELALU KETAWA Bukan berpura-pura ketawa tapi ketawa pada sesuatu yang benar-benar mengembirakan hati kita. Cuba menonton klip video yang melucukan. Dekatkan diri dengan insan-insan yang mampu membuat kita tidak kering gusi. Ketawa mampu menghilangkan kesedihan. Tidak perlu kecewa sedangkan kita mampu ketawa. Positifkan Minda Ada saat dan tikanya kita akan berdepan dengan situasi-situasi yang bakal membuatkan kita sedih dan kecewa namun kita boleh cuba untuk mencari cahaya disebalik setiap kegelapan. Cuba fikirkan yang baik-baik sahaja kerana kita seringkali menjadi seperti apa yang kita fikirkan. Keraskan Hati Maksud keraskan hati ialah mempunyai kesabaran yang tinggi dan bijak mengawal emosi dan sentiasa menerima semuanya dengan penuh keredhaan. Adakalanya dugaan yang kita hadapi adalah untuk menguatkan lagi semangat kita dan menjadikan kita lebih matang untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Hope tips ni membantu :D |